Brunei Darussalam (Sultan Sharif Ali Islamic University) Program Jati Diri Kohort 3: Sejarah Islam Brunei

Dalam mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam memberigakan sejarah-sejarah Islam sebagai satu panduan hidup, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dengan kolaborasi Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), telah mengendalikan Program Jati Diri KOHORT 3: Sejarah Islam Brunei , sebagai salah satu alternatif bagi mendedahkan kepentingan sejarah Islam dan pengetahuan mengenainya.

 

Program telah mengambil tempat di Perkemahan Program Khidmat Bakti Negara Batu Apoi, Temburong pada 21 Zulhijjah 1444H bersamaan 10 Julai 2023M. Peserta program seramai 73 orang terdiri daripada penuntut IBTE dan turut sama hadir ahli-ahli jawatankuasa  program yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 FPPI. Sesi kuliah Sejarah Islam Brunei disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Timbalan Dekan FPPI, manakala sesi aktiviti pula ditangani oleh ahli-ahli jawatankuasa program. Program diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama para peserta dan ahli-ahli yang terlibat.